KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan bagi mempamerkan kesetiaan dan kecintaan pada negara selain menghayati semangat kemerdekaan.
Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan untuk negara.
"Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 Sept, kita kibar Jalur Gemilang dengan megah.
"Di setiap kenderaan, di setiap jabatan, di rumah, di mana sahaja untuk menunjukkan bahawa Malaysia sekarang bangkit sebagai negara yang bersatu padu, punyai cita-cita, punyai idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam video Ucapan Khas Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2023 diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan untuk negara. - Gambar fail
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Stadium Merdeka gamit memori berterusan sejarah kemerdekaan negara
Pembukaan semula Stadium Merdeka, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
KKD hasrat jadikan program Keretapi Sarong aktiviti Bulan Kebangsaan - Fahmi
Ia berikutan program yang berlangsung semalam mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran 10,000 peserta pelbagai kaum dan usia.
Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos
Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Hiasan Bulatan Jalan Chester bangkit 'mood' Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia di Tawau
Kerja-kerja pemasangan berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga minggu dengan peruntukan hampir mencecah RM20,000.
Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara boleh diperluas - Fahmi
Fahmi berkata beliau akan meneliti perkara itu malah RTM mungkin boleh merakam ucapan atau persembahan peserta untuk ditayangkan.
Lahad Datu kibar Jalur Gemilang gergasi semarak bulan kebangsaan
Dua tenaga pengajar dan lima pelajar menyiapkan bendera sepanjang 9.144 meter dengan ketinggian 18.288 meter dalam tempoh dua minggu.
Masa berpolitik tamat, kini masa kibar Jalur Gemilang - Fahmi
Katanya, semangat cintakan negara tidak boleh hanya timbul sewaktu sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang semata.
Lebih 2,000 meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Melaka
Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri Melaka di sini pada malam Sabtu.
Kandungan patriotik di media sosial perlu dirancakkan - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, kandungan berunsur patriotik di media sosial terutama di aplikasi TikTok, dilihat masih kurang memberangsangkan.